TaipJe
3 ratings
)Overview
Simpan prompt sendiri dan guna semula melalui /shortcut. Local-first, dengan contoh untuk pendidik Malaysia.
TaipJe membantu anda menyimpan, menyusun dan menggunakan semula prompt sendiri melalui /shortcut di ChatGPT, Google Gemini dan Claude. Antaramuka Bahasa Melayu dengan contoh untuk pendidik Malaysia. KOLEKSI DAN PINTASAN • Cipta dan edit prompt serta pintasan sendiri. • Susun mengikut kategori, cipta kategori tersuai dan padam kategori kosong. • Taip / dalam ruang mesej, pilih prompt dan isi medan {{subjek}}, {{topik}} atau medan lain. • Cari dan salin prompt melalui popup atau Manager. • Eksport/import sandaran JSON dan pulihkan prompt daripada tong sampah. TEMPLAT CONTOH Templat RPH, kuiz, aktiviti terbeza, semakan fakta, bias dan kritikan draf membantu anda menyediakan arahan berstruktur. Templat /portfolio untuk portfolio jurulatih AI dan /chibi untuk arahan imej turut disediakan. Pengguna sedia ada boleh memilih Tambah templat contoh dalam Manager tanpa menimpa pintasan sedia ada. Gambar rujukan /chibi dimuat naik sendiri pada platform AI. Placeholder yang belum lengkap perlu dibetulkan sebelum digunakan. Templat ini bukan templat rasmi atau pengesahan KPM. SAFEPROMPT: SEMAK SEBELUM GUNA TaipJe menyemak kemungkinan maklumat sensitif dalam prompt dan teks biasa yang ditampal ke editor utama tiga laman AI tersebut. Corak Malaysia dan model bantuan nama diproses secara lokal. Contoh termasuk nombor pengenalan, telefon, e-mel, alamat berlabel, rahsia serta rekod kesihatan, pendidikan dan kewangan berlabel. Jika semakan lengkap tanpa padanan atau amaran, teks terus dimasukkan ke editor tanpa pengesahan tambahan. Jika terdapat padanan, amaran atau semakan tidak lengkap, panel semakan dipaparkan. Anda boleh membandingkan teks asal dan teks disamarkan, mengedit cadangan penyamaran, kembali edit, membatalkan atau memilih teks asal. Pengesanan boleh tersalah atau terlepas; ia bukan jaminan keselamatan. Had semakan ialah 20,000 aksara. Fail, gambar, drag-and-drop dan semua penaipan terus tidak diliputi. Laman AI mungkin boleh mengakses kandungan pada halaman; jangan anggap TaipJe sebagai penghalang kebocoran data. SIMPANAN PADA PERANTI Koleksi dan pilihan disimpan dalam profil Chrome. Model dan runtime disertakan dalam pakej; semakan tidak menghantar prompt ke server TaipJe atau penyedia model. Tiada akaun TaipJe, analytics extension atau Google Drive sync. Eksport sandaran sebelum uninstall. ANDA MENGAWAL PENGHANTARAN TaipJe memasukkan teks sebagai draf, bukan menghantar mesej atau menjana jawapan AI. Semak hasil sebelum menekan hantar. Kad ulasan pilihan menyimpan kiraan penggunaan dan pilihan peringatan secara lokal; tiada bintang wajib atau ganjaran. Untuk Chrome desktop. Jika editor platform berubah, salinan manual tersedia. TaipJe ialah alat bebas, tidak berafiliasi dengan OpenAI, Google atau Anthropic. Sokongan: developer@cikguik.com Dasar privasi: https://cikguik.com/taipje/privacy.html
5 out of 53 ratings
Details
- Version0.1.12
- UpdatedOctober 6, 2026
- Offered byCikguIK
- Size13.68MiB
- LanguagesMelayu
- DeveloperMuhammad Ihzam Bin Mohd Khairi
Jalan Bagan Serai - Parit Buntar Parit Buntar, Perak 34200 MYEmail
developer@cikguik.com - Non-traderThis developer has not identified itself as a trader. For consumers in the European Union, please note that consumer rights do not apply to contracts between you and this developer.
Privacy
TaipJe has disclosed the following information regarding the collection and usage of your data. More detailed information can be found in the developer's privacy policy.
TaipJe handles the following:
This developer declares that your data is
- Not being sold to third parties, outside of the approved use cases
- Not being used or transferred for purposes that are unrelated to the item's core functionality
- Not being used or transferred to determine creditworthiness or for lending purposes