Gambaran keseluruhan
Isi Tahap Penguasaan, Ulasan Guru, Intervensi & Usaha Murid secara pukal di idME Pengurusan Pentaksiran. Bukan untuk subjek Bahasa.
PBD Bulk Filler membantu guru mengisi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara pukal di sistem idME - Pengurusan Pentaksiran (SPPB), tanpa perlu klik satu-satu untuk setiap murid. ⚠️ PENTING: Extension ini dibina khusus untuk subjek BUKAN Bahasa. Ia TIDAK disokong sepenuhnya untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, atau subjek bahasa lain, kerana struktur pentaksiran subjek bahasa berbeza. CIRI-CIRI UTAMA • Isi Semua Murid (dari Excel) - muat naik fail Excel berisi Nama dan Tahap Penguasaan (TP 1-6) setiap murid, dan extension akan isi Tahap Penguasaan, Usaha Murid, Ulasan Guru, dan Intervensi secara automatik mengikut templat yang boleh disesuaikan. • Isi Usaha/Ulasan/Intervensi (guna TP sedia ada) - kalau Tahap Penguasaan setiap murid sudah betul di SPPB, guna ciri ini untuk terus isi Usaha Murid, Ulasan Guru, dan Intervensi tanpa perlu fail Excel langsung. • Templat Excel disediakan - muat turun templat terus dari panel, tak perlu risau format yang salah. • Panel log terbina dalam - lihat status setiap murid (berjaya/gagal) secara masa nyata semasa proses berjalan. PRIVASI & KESELAMATAN Semua pemprosesan berlaku sepenuhnya di dalam pelayar (browser) anda. Extension ini TIDAK menghantar sebarang data murid ke pelayan luar - data terus dihantar ke sistem SPPB rasmi sahaja, sama seperti anda mengisi borang secara manual. Lihat Dasar Privasi penuh untuk butiran lanjut. Extension ini TIDAK akan menekan butang Simpan/Hantar secara automatik - anda kekal kawal bila keputusan pentaksiran dikunci, dan digalakkan semak semula data sebelum menghantar secara rasmi.
Butiran
- Versi1.0.0
- Dikemas kini22 Julai 2026
- Ditawarkan olehms.norfarhana.romeli
- Saiz330KiB
- BahasaMelayu
- Pembangun
E-mel
ms.norfarhana.romeli@gmail.com - Bukan pedagangPembangun ini masih belum mengenal pasti dirinya sebagai pedagang. Untuk pengguna dalam Kesatuan Eropah, harap maklum bahawa hak pengguna tidak digunakan pada kontrak antara anda dengan pembangun ini.
Privasi
PBD Bulk Filler - idME Pengurusan Pentaksiran telah mendedahkan maklumat yang berikut tentang pengumpulan dan penggunaan data anda. Maklumat yang lebih terperinci boleh ditemukan dalam privacy policy pembangun.
PBD Bulk Filler - idME Pengurusan Pentaksiran mengendalikan data yang berikut:
Pembangun ini mengisytiharkan bahawa data anda
- Tidak dijual kepada pihak ketiga, di luar kes penggunaan yang diluluskan
- Tidak digunakan atau dipindahkan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan fungsi teras item
- Tidak digunakan atau dipindahkan untuk menentukan kepercayaan kredit atau untuk tujuan pemberian pinjaman