


Overview
Isi dan simpan PAJSK dalam SPPB secara automatik berdasarkan fail Excel kokurikulum & pencapaian.
PAJSK Auto-Isi membantu guru kelas mengisi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dalam SPPB dengan pantas dan tepat. Daripada mengisi borang murid satu demi satu, guru hanya perlu muat naik fail Excel kokurikulum kelas. Extension akan mengisi tab Kelab & Persatuan, Badan Beruniform, Sukan & Permainan dan Ekstra Kurikulum, kemudian menyimpan setiap tab secara automatik. CIRI UTAMA • Baca fail Excel kokurikulum kelas (Nama, No KP, Kelab, Sukan, Unit Beruniform). Tajuk kolum fleksibel, atau pilih kolum sendiri. • Padankan murid dengan SPPB melalui No KP, bukan nama. • Padankan nama aktiviti dengan senarai sebenar aktiviti sekolah dalam SPPB. • Baca fail pencapaian (contohnya daripada AppSheet unit kokurikulum) untuk menentukan pelibatan dan pencapaian terbaik bagi setiap tab. • Skrin semakan kategori program (Kelab / Uniform / Sukan / Ekstra), dengan pilihan bantuan AI tanpa menghantar data murid. • Butang "Isi sahaja" untuk semak dahulu, "Isi & Simpan", dan "Isi, Simpan & Seterusnya" untuk satu kelas penuh. • Semakan automatik selepas setiap tab. Extension tidak menyimpan jika ada medan yang tidak lengkap. CARA GUNA 1. Klik ikon extension dan muat naik fail Excel kokurikulum kelas (dan fail pencapaian jika ada). 2. Semak padanan aktiviti dan kategori program, kemudian tekan "Proses & simpan data". 3. Buka SPPB > Keputusan > PAJSK, kemudian buka borang murid pertama. 4. Tekan "Isi sahaja" untuk semak, kemudian "Isi, Simpan & Seterusnya". PRIVASI Semua data murid diproses dan disimpan dalam pelayar Chrome anda sahaja. Tiada data dihantar ke mana-mana pelayan luar. Extension hanya berfungsi di laman SPPB (moeissppb.moe.gov.my). PENAFIAN Extension ini dibangunkan secara bebas oleh seorang guru dan tidak berkaitan secara rasmi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru bertanggungjawab menyemak markah sebelum menghantar PAJSK. Dibina oleh cikguhayat — https://cikguhayat.com
0 out of 5No ratings
Details
- Version1.5.1
- UpdatedOctober 3, 2026
- Size340KiB
- LanguagesMelayu
- DeveloperWebsite
Email
minhayat89@gmail.com - Non-traderThis developer has not identified itself as a trader. For consumers in the European Union, please note that consumer rights do not apply to contracts between you and this developer.
Privacy
PAJSK Auto-Isi (SPPB) has disclosed the following information regarding the collection and usage of your data. More detailed information can be found in the developer's privacy policy.
PAJSK Auto-Isi (SPPB) handles the following:
This developer declares that your data is
- Not being sold to third parties, outside of the approved use cases
- Not being used or transferred for purposes that are unrelated to the item's core functionality
- Not being used or transferred to determine creditworthiness or for lending purposes