Item logo image for MOEIS Stop Centre

MOEIS Stop Centre

5.0(

1 rating

)
ExtensionEducation359 users
Item media 5 (screenshot) for MOEIS Stop Centre
Item media 1 (screenshot) for MOEIS Stop Centre
Item media 2 (screenshot) for MOEIS Stop Centre
Item media 3 (screenshot) for MOEIS Stop Centre
Item media 4 (screenshot) for MOEIS Stop Centre
Item media 5 (screenshot) for MOEIS Stop Centre
Item media 1 (screenshot) for MOEIS Stop Centre
Item media 1 (screenshot) for MOEIS Stop Centre
Item media 2 (screenshot) for MOEIS Stop Centre
Item media 3 (screenshot) for MOEIS Stop Centre
Item media 4 (screenshot) for MOEIS Stop Centre
Item media 5 (screenshot) for MOEIS Stop Centre

Overview

Pembantu guru SPPB/idMe: autofill PBD, UASA, ulasan, kehadiran, PAJSK, SEGAK dan dashboard kemas. Bukan produk rasmi KPM.

MOEIS Stop Centre ialah satu extension untuk guru yang mengumpulkan beberapa pembantu pengisian data di portal SPPB/idMe. Extension mengesan halaman yang dibuka dan membuka modul yang sesuai dengan satu klik pada ikon. Guru tidak perlu memilih modul. MODUL PBD Isi Tahap Penguasaan (TP), Ulasan Guru (ayat mengikut TP dengan nama murid dan nama subjek), Intervensi untuk TP1 dan TP2, Usaha Murid dan Status. Bagi Bahasa Melayu, 3 kemahiran turut diisi. Bahasa Inggeris disokong dengan 4 kemahiran dan ulasan dalam Bahasa Inggeris. Guru boleh menyunting ayat ulasan dan menetapkan sendiri tahap Usaha Murid bagi setiap TP. Muat naik fail Excel atau tampal data; tidak perlu template khas, asalkan fail ada lajur Nama dan TP. Murid dipadankan mengikut nama dahulu; No. KP hanya dirujuk jika nama bertindih (No. KP adalah pilihan). Lajur Ulasan (pilihan) membolehkan ulasan khas bagi murid tertentu; murid lain guna ayat automatik. Butang "Muat turun template" dalam panel menyediakan fail dengan nama murid kelas. TEMPLATE OFFLINE Jika ikon ditekan di halaman lain (contohnya ketika laman ditutup), extension menawarkan template KOSONG PBD, UASA dan PAJSK untuk diisi offline. Senarai nama murid hanya dijana automatik di halaman kelas yang betul. MODUL SEGAK Isi Tinggi, Berat (BMI dikira sistem), Tarikh Ujian dan Dapatan 4 ujian kecergasan (Naik Turun Bangku, Tekan Tubi / Tekan Tubi Ubah Suai, Ringkuk Tubi Separa, Jangkauan Melunjur) bagi setiap murid pada borang skor SEGAK. Skor, Skor Kecergasan dan Status Kecergasan dikira automatik oleh SPPB. Muat naik fail Excel/CSV sendiri (termasuk fail rekod sekolah yang merangkumi banyak kelas; lajur dikesan automatik dan Tinggi dalam sentimeter ditukar kepada meter). Murid dipadankan mengikut NAMA dahulu; No. KP hanya dirujuk jika ada nama bertindih. "Isi semua murid" berjalan sehingga habis satu kelas tanpa berhenti. Butang Kembali dan Seterusnya membolehkan guru berpindah murid dari panel. Murid yang ada nama tetapi tiada data ditanda "Tidak ditaksir", murid yang tiada dalam senarai Excel dilaporkan, dan senarai murid bermasalah dipaparkan sekali gus di hujung. Nilai Tekan Tubi/Ringkuk Tubi melebihi 25 ditulis 25 (had norm SPPB). Amaran SPPB "Fungsi auto simpan tidak diaktifkan" ditekan OK secara automatik dan guru dimaklumkan. Format tarikh hari/bulan dan bulan/hari (eksport Excel/Google Sheets) dikesan secara automatik. Tarikh ujian boleh ditetapkan dalam panel: tarikh lalai bagi murid tanpa tarikh dalam Excel, dan tarikh khas bagi murid yang tidak hadir dan ditaksir pada hari lain. Murid yang tiada dalam Excel dipaparkan dalam panel (jadual berbingkai) dan guru boleh menaip data mereka terus di situ; larian seterusnya melangkau murid yang sudah disimpan. Butang "Muat turun template" menyediakan fail kosong. MODUL DASHBOARD TINDAKAN Apabila guru membuka Dashboard Tindakan SPPB, extension memaparkan susunan yang lebih kemas di atasnya: kad ringkasan (belum mula, separuh siap, dalam semakan, lengkap, tarikh tutup terdekat), tugasan kelas dikumpul mengikut pentaksiran dengan bar progres dan warna mengikut modul, ringkasan status bagi penyelaras dalam satu jadual, carian dan suis "Perlu tindakan sahaja". Butang "Paparan Asal" mengembalikan dashboard asal. Modul ini hanya membaca apa yang dipaparkan dan tidak mengubah apa-apa dalam SPPB. MODUL UASA Isi Skor(%). Gred dikira sendiri oleh sistem. Murid yang tidak hadir (TH) ditetapkan sebagai "Tidak Ditaksir". MODUL ULASAN GURU KELAS Isi ulasan guru kelas mengikut kategori pencapaian murid. MODUL KEHADIRAN Tampal senarai kehadiran dari kumpulan WhatsApp ibu bapa. Extension memadankan nama murid dan sebab tidak hadir dengan kategori sebab dalam jadual kehadiran. Guru boleh juga menaip senarai ringkas sendiri. Guru menyemak padanan, membetulkan jika perlu, kemudian tekan Isi Kehadiran. Butang Reset mengosongkan senarai semakan tanpa memadam teks yang ditampal. Murid yang tidak disenaraikan kekal Hadir. MODUL PAJSK Panel mempunyai dua tab. Tab 1 "Excel": guru memuat turun template, memuat naik fail Excel atau CSV (boleh juga fail rekod sendiri; lajur dipadankan dalam panel dan pemetaan diingat) dan menjalankan pengisian. Extension memaparkan ringkasan dan amaran, memadankan murid mengikut ID pengenalan, dan mengisi borang skor PAJSK setiap murid (Kelab & Persatuan, Badan Beruniform, Sukan & Permainan, Ekstra Kurikulum). Ekstra Kurikulum meliputi Perkhidmatan, Anugerah Khas, Khidmat Masyarakat dan NILAM. Nama sheet dan tajuk lajur dikenal secara longgar (contohnya sheet "Ekstrakurikulum", lajur "NILAM" atau "No. KP"). Jika medan wajib (Aktiviti, Pelibatan, Komitmen, Khidmat Sumbangan, Kehadiran) belum ditanda, extension meneruskan proses dan melaporkan nama murid, tab dan medan yang kosong di hujung supaya guru melengkapkannya; tab itu tidak disimpan. Jika tab murid sudah ada data, guru memilih: langkau (lalai), isi medan kosong sahaja, atau timpa. Tab 2 "Isi aktiviti tambahan": guru memilih aktiviti daripada senarai SPPB (ditapis mengikut jenis dan peringkat sekolah SR/SM/T6), menetapkan pelibatan dan pencapaian, dan menanda murid yang berkenaan. Extension mengisi modal "Tambah Aktiviti Murid" bagi setiap murid dan melaporkan semua masalah di hujung. Tab 3 "Isi Ekstra Kurikulum": di halaman senarai murid, guru memilih satu perkara Ekstra Kurikulum (Program NILAM, Perkhidmatan, Anugerah Khas atau Khidmat Masyarakat) dan tahapnya, kemudian menanda murid yang berkenaan, contohnya semua penerima NILAM 5 BINTANG dalam kelas. Selepas itu extension mengisi tab Ekstra setiap murid yang ditanda satu demi satu; hanya medan yang dipilih diisi dan data Ekstra lain murid tidak diubah. Penyimpanan hanya berlaku jika guru menanda kotak "Saya sudah menyemak". Simpan ditekan untuk setiap tab atau aktiviti yang lengkap, kemudian nilai dibaca semula untuk pengesahan. Tab atau aktiviti yang tidak lengkap tidak disimpan. Skor dikira oleh SPPB sendiri. Tanpa tanda semak, extension hanya mengisi satu murid dan guru menyimpan sendiri. Butang Kembali dan Seterusnya membolehkan guru berpindah murid dari panel. PAPARAN SERAGAM Setiap panel mempunyai butang "Segar semula" untuk membaca semula halaman tanpa menghilangkan data. Senarai murid dipaparkan dalam bingkai yang boleh diskrol supaya butang tindakan sentiasa kelihatan. Privasi dan keselamatan: - Semua data diproses dalam pelayar guru sahaja. Tiada data dihantar ke mana-mana pelayan dan extension tidak membuat permintaan rangkaian sendiri. - Teks WhatsApp kehadiran dan data Excel PAJSK disimpan dalam memori sementara dan dipadam bila Chrome ditutup. - Hanya ayat ulasan suntingan guru dan tetapan Usaha Murid disimpan kekal dalam pelayar guru; tiada data murid. - Selain modul PAJSK dan SEGAK (hanya selepas guru menanda "Saya sudah menyemak"), extension tidak menekan butang Simpan atau Hantar. - Modul Dashboard Tindakan hanya membaca dan menyusun semula paparan; ia tidak mengubah data SPPB. Penafian: ini alat bantu bebas dan bukan produk rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Cuba pada seorang murid dahulu sebelum mengisi satu kelas dan bandingkan skor PAJSK dengan pengiraan SPPB.

Details

  • Version
    2.0
  • Updated
    November 10, 2026
  • Size
    486KiB
  • Languages
    Melayu
  • Developer
    Email
    ahmadfaqihpauzi@gmail.com
  • Non-trader
    This developer has not identified itself as a trader. For consumers in the European Union, please note that consumer rights do not apply to contracts between you and this developer.

Privacy

Manage extensions and learn how they're being used in your organization
The developer has disclosed that it will not collect or use your data. To learn more, see the developer’s privacy policy.

This developer declares that your data is

  • Not being sold to third parties, outside of the approved use cases
  • Not being used or transferred for purposes that are unrelated to the item's core functionality
  • Not being used or transferred to determine creditworthiness or for lending purposes
Search
Clear search
Close search
Google apps
Main menu