IsiPBD — Pembantu Pengisian SPPB
Overview
Pembantu pengisian TP, MARKAH, Ulasan dan Usaha dalam SPPB. Developed by Cikgu Calvin Chew.
IsiPBD membantu guru memasukkan data pentaksiran ke dalam halaman PBD di SPPB dengan lebih mudah. Guru kekal menentukan dan menyemak semua nilai. FUNGSI UTAMA • Isi TP, MARKAH (Skor %), Ulasan Guru dan Usaha Murid mengikut mod yang dipilih. • Baca senarai kelas semasa atau import fail Excel/CSV. • Muat turun templat untuk 12 mata pelajaran. Padanan murid menggunakan nama; ID tidak diwajibkan. • Sokong lajur Kemahiran BM, BC dan BI secara berasingan. • Tetapkan Kategori Ulasan dan Usaha mengikut TP. Satu ulasan tersedia dipilih secara rawak dalam Kategori; pilihan boleh berulang. • Kekalkan nilai sedia ada secara lalai. Pilihan Gantikan Ulasan/Usaha membenarkan penggantian medan berkenaan. • Hentikan pengisian melalui butang Berhenti dan lihat laporan ralat jika sesuatu langkah gagal. CARA GUNA 1. Buka halaman kelas dan mata pelajaran di SPPB. 2. Baca kelas atau import fail, kemudian pilih murid dan nilai yang hendak diisi. 3. Tekan Kesan halaman → Uji 1 murid. 4. Semak hasil di SPPB. Jika betul, tekan Isi baki murid. Setiap pusingan baharu memerlukan ujian seorang murid. Dialog Ulasan tidak dibuka satu per satu semasa Kesan halaman. PRIVASI Fail import, tetapan dan laporan diproses atau disimpan dalam Chrome pada peranti anda. IsiPBD tidak menghantar data murid kepada pembangun, perkhidmatan AI, pengiklanan atau analitik. Nilai yang diisi berinteraksi dengan SPPB mengikut fungsi laman tersebut. Import dan laporan tempatan boleh dipadam melalui Data tempatan dalam panel. PERINGATAN IsiPBD ialah alat bantu input bebas, bukan aplikasi rasmi atau disokong oleh KPM, MOEIS, idMe atau SPPB. Ia tidak mentaksir murid atau menentukan TP, MARKAH, Kemahiran, Kategori, Ulasan atau Usaha bagi pihak guru. Pratetap dan ulasan rawak tidak menggantikan pertimbangan profesional guru. Semak nama, kelas, subjek dan semua nilai. Laman boleh menyimpan perubahan terus, termasuk melalui Simpan dalam dialog. IsiPBD menggunakan Simpan dalam dialog Kemahiran/Ulasan yang diperlukan, tetapi tidak menekan Simpan/Hantar kelas atau mengubah Status. Ketepatan, keserasian dan penyimpanan tidak dijamin. Memerlukan Google Chrome 116 atau lebih baharu dan akses SPPB yang sah. Mod Markah memerlukan halaman Skor (%). Developed by Cikgu Calvin Chew
0 out of 5No ratings
Details
- Version0.7.6
- UpdatedOctober 29, 2026
- Offered by👨🏫 Cikgu Chew ☕
- Size118KiB
- LanguagesMelayu
- Developer
Email
clvchiew95@gmail.com - Non-traderThis developer has not identified itself as a trader. For consumers in the European Union, please note that consumer rights do not apply to contracts between you and this developer.
Privacy
IsiPBD — Pembantu Pengisian SPPB has disclosed the following information regarding the collection and usage of your data. More detailed information can be found in the developer's privacy policy.
IsiPBD — Pembantu Pengisian SPPB handles the following:
This developer declares that your data is
- Not being sold to third parties, outside of the approved use cases
- Not being used or transferred for purposes that are unrelated to the item's core functionality
- Not being used or transferred to determine creditworthiness or for lending purposes