Item logo image for PAJSK Assist

PAJSK Assist

5.0(

3 ratings

)
ExtensionWorkflow & Planning621 users
Item media 5 (screenshot) for PAJSK Assist
Item media 1 (screenshot) for PAJSK Assist
Item media 2 (screenshot) for PAJSK Assist
Item media 3 (screenshot) for PAJSK Assist
Item media 4 (screenshot) for PAJSK Assist
Item media 5 (screenshot) for PAJSK Assist
Item media 1 (screenshot) for PAJSK Assist
Item media 1 (screenshot) for PAJSK Assist
Item media 2 (screenshot) for PAJSK Assist
Item media 3 (screenshot) for PAJSK Assist
Item media 4 (screenshot) for PAJSK Assist
Item media 5 (screenshot) for PAJSK Assist

Overview

Isi PAJSK, SEGAK dan BMI di SPPB secara automatik. Jimat masa guru kelas dan guru PJ.

PAJSK Assist adalah alat pihak ketiga oleh Cikgu Aiman. Tidak berafiliasi rasmi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. PAJSK Assist auto-isikan borang PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum) untuk guru kelas pada sistem SPPB Kementerian Pendidikan Malaysia (moeissppb.moe.gov.my). Guru PJ pula boleh mengisi SEGAK dan BMI daripada fail aplikasi SEGAK. Dibina oleh Cikgu Aiman, guru kelas berpengalaman 5 tahun, lepas penat berjaga sampai pukul 11 malam isi PAJSK manual untuk 42 murid kelas dia sendiri. ═══════════════════════════════════════════════ APA YANG CIKGU DAPAT ═══════════════════════════════════════════════ ✦ "APA YANG CIKGU NAK BUAT?" (BAHARU) Buka panel, terus nampak tiga pilihan besar: tetapkan kelab, badan beruniform dan sukan; isi semua murid dengan tetapan sama; atau lihat dan ubah PAJSK kelas dalam satu jadual. Satu pilihan, satu kerja. Panel lama dengan semua tetapan masih ada di bawah "Panel lama". ✦ JADUAL KELAS DALAM TAB PENUH (BAHARU) Semua murid kelas Cikgu dalam satu jadual besar, dengan nilai yang sudah ada dalam SPPB: aktiviti, jawatan, kehadiran, komitmen, khidmat, pelibatan dan pencapaian. Tapis murid yang belum diisi, cari nama, tukar tab Kelab, BB, Sukan atau Ekstra. • Muat turun Excel kelas yang sudah berisi nilai semasa SPPB. Simpan sebagai sandaran. • Ubah dalam Excel atau tekan Ubah pada murid. Sel kosong tidak disentuh. • Semak senarai perubahan sebelum menulis. Hanya murid dan tab yang Cikgu ubah ditulis ke SPPB (Premium). • Setiap murid dibaca semula dari SPPB selepas ditulis. Kalau SPPB tidak menyimpan seperti yang dihantar, kerja berhenti pada murid itu supaya mudah disemak. Melihat jadual dan memuat turun Excel boleh dicuba tanpa lesen. ✦ VERSI PERCUMA (Selamanya) Pintasan mengisi murid seorang demi seorang, boleh guna tanpa lesen. Sesuai untuk Cikgu yang mahu cuba dahulu. Cikgu percuma juga boleh simpan tetapan borang sendiri. ✦ ISI SEMUA MURID SEKALI GUS (Premium) Pilih murid dalam senarai PAJSK kelas Cikgu. Tekan sekali. Empat tab (Kelab & Persatuan, Badan Beruniform, Sukan & Permainan, Ekstra Kurikulum) siap dalam beberapa saat. Mod Pantas guna API SPPB terus, jauh lebih laju daripada mengisi satu-satu. ✦ REKOD SEPANJANG TAHUN DALAM EXCEL (BAHARU) Muat turun templat Excel kelas Cikgu. Nama dan IC murid sudah diisi. Sepanjang tahun, isi jawatan, pencapaian dan aktiviti Tambahan murid yang berbeza. Hujung tahun, simpan fail itu dan pilih fail yang SAMA dalam PAJSK Assist. Tak perlu Save As CSV. Murid yang barisnya kosong ikut tetapan semua murid. ✦ SEGAK DAN BMI UNTUK GURU PJ (Premium) Sudah isi SEGAK dalam aplikasi iSEGAK24 atau SEGAKv1.0? Muat fail CSV aplikasi itu, semak pratonton setiap murid, kemudian isi terus ke SPPB. Tak perlu isi dua kali. Muat fail dan pratonton boleh dicuba tanpa lesen. Tekan "Buka dalam tab penuh" untuk paparan yang lebih besar dan mudah dibaca. ✦ TEMPLAT PENEMPATAN SEDIA ISI (Premium) Muat turun templat yang SUDAH berisi nama dan penempatan semasa setiap murid, terus daripada SPPB. Buka dalam Excel, tukar yang perlu sahaja, import balik. Ejaan datang daripada sistem, jadi tidak ada lagi masalah nama kelab tidak padan. ✦ SAMBUNG DENGAN e-REKOD (Premium, pilihan) Kalau Cikgu guna e-Rekod (erekod.my), penempatan kokurikulum yang Cikgu sudah rekod di sana boleh ditarik terus masuk ke borang SPPB. Tidak perlu taip dua kali. Cikgu juga boleh hantar penempatan dari SPPB balik ke e-Rekod sebagai salinan sandaran. Sambungan ini pilihan sepenuhnya. Ia tidak hidup dengan sendiri. Cikgu mesti masukkan kunci API akaun e-Rekod Cikgu sendiri, benarkan Chrome bila ia bertanya, dan tekan butang pemindahan itu sendiri. Butang "Putuskan sambungan" mematikannya serta-merta. ✦ SIMPAN TETAPAN UNTUK GUNA SEMULA Tetapan komitmen, kehadiran, NILAM dan jawatan setiap tab disimpan secara automatik. Tahun depan ubah sedikit, terus jalan. Butang "Pulihkan asal" mengembalikan tetapan kilang. ✦ SAMBUNG SEPARUH JALAN (Premium) Tab SPPB tertutup tidak sengaja? Pelayan SPPB tersekat? PAJSK Assist menyimpan kemajuan. Buka semula halaman senarai murid, banner sambung muncul, teruskan dari murid terakhir. ✦ MOD KLASIK SEBAGAI SANDARAN (Premium) Kalau beberapa murid berturut-turut gagal melalui API (pelayan SPPB sibuk atau diselenggara), extension bertukar sendiri ke Mod Klasik, mengisi melalui skrin seperti manual tetapi automatik. Kerja Cikgu tidak rosak. ═══════════════════════════════════════════════ BAHARU DALAM VERSI 2 ═══════════════════════════════════════════════ • Laman "Apa yang Cikgu nak buat?" dalam panel. Tiga pilihan besar, terus ke kerja yang Cikgu mahu. • Jadual kelas dalam tab penuh: lihat semua murid, muat turun Excel berisi nilai semasa SPPB, ubah yang perlu, semak, kemudian tulis perubahan sahaja. • SEGAK dan BMI boleh dibuka dalam tab penuh. • Dibaiki: mengisi sebahagian tab sahaja (contohnya Kelab sahaja) tidak lagi menjadikan markah tab lain 0. • Dibaiki: banner "Sambung separuh jalan" kini benar-benar muncul bila halaman SPPB dimuat semula atau tab tertutup di tengah kerja. • Pengguna percuma kini nampak butang "Isi Semua Murid" yang berkunci, dengan penerangan Premium, bukan butang yang hilang. • Pilih fail Excel terus, tak perlu Save As CSV. Fail CSV masih diterima. ═══════════════════════════════════════════════ HARGA PREMIUM ═══════════════════════════════════════════════ RM15 untuk 30 hari - 30 hari dari tarikh bayaran - 2 peranti (PC sekolah + PC/laptop rumah) - Lesen dihantar ke emel sebaik selesai bayar - Bayar sekali melalui gerbang pembayaran tempatan. Tiada auto-debit. - Perbaharui bila Cikgu mahu - Sokongan Telegram aktif Beli di: https://portfolio.cikguaime.com/pajsk-assist ═══════════════════════════════════════════════ CARA AKTIFKAN PREMIUM ═══════════════════════════════════════════════ 1. Pasang PAJSK Assist dari Chrome Web Store ini 2. Beli lesen di https://portfolio.cikguaime.com/pajsk-assist 3. Klik ikon PAJSK Assist di bar alat Chrome 4. Masukkan emel pembelian + tampal license key 5. Klik "Aktifkan Lesen", lencana Premium akan muncul 6. Buka SPPB dan mulakan ═══════════════════════════════════════════════ KESELAMATAN & PRIVASI ═══════════════════════════════════════════════ Semasa Cikgu mengisi borang PAJSK, SEGAK atau BMI, data murid bergerak antara browser Cikgu dan pelayan SPPB KPM sahaja. Jadual kelas membaca SPPB melalui tab SPPB Cikgu sendiri, dan nilai yang dibaca hilang bila tab jadual ditutup. Fail Excel dan CSV yang Cikgu pilih dibaca dalam browser Cikgu, tidak dimuat naik ke mana-mana. Pelayan lesen kami tidak menerima nama murid, nombor kad pengenalan, mahupun markah. Yang pelayan lesen kami simpan hanya: - Emel pembelian (untuk mengelak perkongsian lesen) - License key - Device install-ID (penanda rawak setiap pemasangan, tidak dijana daripada emel dan tidak boleh diterbalikkan kepada identiti Cikgu) Ada tiga tempat data murid disentuh, dan semuanya di bawah kawalan Cikgu: 1. LOG SETEMPAT. Extension menyimpan rekod ringkas murid yang GAGAL diisi (nama, IC, pautan SPPB) di dalam browser Cikgu sahaja, supaya Cikgu boleh kesan dan betulkan. Rekod ini tidak pernah dihantar ke mana-mana pelayan. Butang "Padam Riwayat" memadamnya. 2. FAIL EXCEL YANG CIKGU MUAT TURUN. Excel jadual kelas mengandungi nama, IC dan nilai PAJSK murid. Ia dijana dalam browser dan disimpan dalam komputer Cikgu sahaja; kami tidak menerimanya. 3. SAMBUNGAN e-REKOD (pilihan). Kalau Cikgu menyambungkan akaun e-Rekod Cikgu sendiri, penempatan kokurikulum memang berpindah antara SPPB dan erekod.my: - Masuk ke browser: senarai murid dan penempatan kelab/BB/sukan dari e-Rekod, untuk mengisi SPPB. - Keluar ke e-Rekod: nombor kad pengenalan murid, nama kelab/BB/sukan, dan ID pendaftaran SPPB. Ini menjadi salinan sandaran penempatan. Markah PAJSK, jawatan, komitmen dan kehadiran TIDAK dihantar ke e-Rekod. Hanya penempatan. Data itu masuk ke dalam akaun e-Rekod Cikgu sendiri, akaun yang Cikgu memang sudah gunakan untuk merekod murid yang sama. Ia tidak dikongsi dengan guru lain dan tidak dijual kepada sesiapa. Sambungan ini tidak hidup secara lalai, dan "Putuskan sambungan" mematikannya serta-merta. Dasar Privasi penuh: https://portfolio.cikguaime.com/pajsk-assist/privacy ═══════════════════════════════════════════════ SOKONGAN ═══════════════════════════════════════════════ Cikgu Aiman menyelenggara extension ini sendiri. Bila SPPB mengubah antara muka, biasanya dibaiki dalam 24-48 jam. Telegram (paling pantas): https://t.me/cikguaimedotcom ═══════════════════════════════════════════════ Dibina oleh Cikgu Aiman · Est. 2026

Details

  • Version
    2.0.0
  • Updated
    October 4, 2026
  • Offered by
    Cikgu Aime
  • Size
    383KiB
  • Languages
    Melayu
  • Developer
    Email
    aimansic97@gmail.com
  • Non-trader
    This developer has not identified itself as a trader. For consumers in the European Union, please note that consumer rights do not apply to contracts between you and this developer.

Privacy

Manage extensions and learn how they're being used in your organization

PAJSK Assist has disclosed the following information regarding the collection and usage of your data. More detailed information can be found in the developer's privacy policy.

PAJSK Assist handles the following:

Personally identifiable information
Health information
Authentication information

This developer declares that your data is

  • Not being sold to third parties, outside of the approved use cases
  • Not being used or transferred for purposes that are unrelated to the item's core functionality
  • Not being used or transferred to determine creditworthiness or for lending purposes

Support

For help with questions, suggestions, or problems, visit the developer's support site

Google apps