DELIMa Rank
Overview
Semak statistik penggunaan dan log masuk DELIMa mengikut akses organisasi, untuk perancangan kunjung bantu.
DELIMa Rank membantu pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menyemak penggunaan serta log masuk DELIMa bagi perancangan tindakan susulan dan kunjung bantu ke sekolah. STATISTIK PENGGUNAAN • Mod daerah: PPD → sekolah. Mod negeri: JPN → PPD → sekolah, mengikut pilihan yang tersedia kepada akaun portal. • Semak bilangan organisasi sebelum Mula. • Kutip statistik guru aktif, murid/pelajar aktif, gabungan pengguna dan aplikasi yang dipaparkan. • Panel kemajuan dengan masa berlalu, anggaran baki, Berhenti dan Sambung checkpoint. • Klik ikon extension untuk membuka dashboard dalam tab; Sambung portal memaparkan status serta organisasi/tempoh yang dibaca. RANKING DAN CETAKAN • Bandingkan sekolah atau PPD mengikut peratus atau bilangan aktif, berdasarkan Guru, Murid atau gabungan. • Pilih 10 terbaik, 10 memerlukan perhatian atau kedua-duanya; pratonton dan cetak/Simpan PDF terus dari dashboard. • Cetakan statistik A4 potret. Rekod 0/0 diasingkan kerana tiada asas data. • Eksport CSV dan sandaran JSON statistik secara setempat. • Hapus statistik mengikut organisasi dan tempoh; pulihkan pemadaman terakhir jika perlu. PENGESANAN LOG MASUK (SPP) Modul ini hanya muncul apabila akaun mempunyai akses paparan Sistem Pengurusan Pengguna berkenaan. Selepas pengguna menekan Mula, extension membaca dan menyimpan nama, e-mel, organisasi, peranan serta log masuk terakhir yang dipaparkan pada SPP. • Pilih organisasi dan peranan yang tersedia: Pentadbir, Pelajar, Guru atau Pengguna Lain. • Laporan berkumpulan mengikut organisasi, penapis bulan/status, cetakan dan eksport CSV senarai individu. • Bezakan tiada rekod dipaparkan daripada log masuk sebelum atau dalam bulan rujukan. Nilai kosong bukan bukti seseorang tidak pernah log masuk. • Snapshot log masuk diasingkan daripada statistik dan boleh dipadam melalui panel modul; Mula baharu menggantikan snapshot sebelumnya. PRIVASI DAN AKSES Data disimpan dalam chrome.storage.local pada profil Chrome pengguna sahaja. Tiada pangkalan data pembangun, Chrome Sync, iklan atau penghantaran rekod kepada CikguIK. Kata laluan, kuki dan token pengesahan tidak dibaca atau disimpan. Laporan individu boleh mengandungi nama dan e-mel; lindungi peranti serta fail eksport dan kongsi hanya mengikut kebenaran organisasi. Gunakan akaun DELIMa yang sah. Data bergantung pada akses akaun dan perubahan portal; extension tidak menambah akses atau mengubah kata laluan/peranan pengguna. Kekalkan Chrome terbuka dan komputer berjaga ketika kutipan. Tab latar boleh diperlahankan/dibekukan oleh Chrome; kutipan tidak berjalan semasa komputer sleep atau Chrome ditutup. Ranking menggambarkan data terkumpul bagi tempoh dan kriteria dipilih, bukan penilaian menyeluruh kualiti sekolah. Laporan separa belum mewakili semua organisasi. Gabungan peranan ialah akaun, bukan individu unik. DELIMa Rank oleh CikguIK ialah alat bantuan kerja, bukan aplikasi rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Panduan dan dasar privasi: https://cikguik.com/DELIMaRank/
0 out of 5No ratings
Details
- Version0.4.15
- UpdatedNovember 5, 2026
- Offered byCikguIK
- Size70.38KiB
- LanguagesMelayu
- DeveloperMuhammad Ihzam Bin Mohd Khairi
Jalan Bagan Serai - Parit Buntar Parit Buntar, Perak 34200 MYEmail
developer@cikguik.com - Non-traderThis developer has not identified itself as a trader. For consumers in the European Union, please note that consumer rights do not apply to contracts between you and this developer.
Privacy
DELIMa Rank has disclosed the following information regarding the collection and usage of your data. More detailed information can be found in the developer's privacy policy.
DELIMa Rank handles the following:
This developer declares that your data is
- Not being sold to third parties, outside of the approved use cases
- Not being used or transferred for purposes that are unrelated to the item's core functionality
- Not being used or transferred to determine creditworthiness or for lending purposes
Support
For help with questions, suggestions, or problems, visit the developer's support site