1Click PBD UASA Assistant
Overview
Isi Pentaksiran Berterusan (PBD) dan markah UASA murid di MOEIS dengan satu klik daripada fail Excel mengikut kelas.
1Click PBD UASA Assistant membantu guru mengisi Pentaksiran Berterusan (PBD) dan markah UASA murid di MOEIS dengan lebih pantas, menggunakan data daripada fail Excel kelas anda sendiri. APA YANG BOLEH DILAKUKAN • Muat data murid daripada fail Excel atau CSV (boleh beberapa fail sekaligus), tampal terus dari Excel, atau guna pautan Google Sheet yang dikongsi kepada anda. • Kelas, nama murid dan TP / markah dikesan secara automatik. Butang "Semak padanan" memastikan nama dalam Excel sepadan dengan senarai di MOEIS. • PBD: isi TP, Ulasan Guru, Intervensi dan Usaha Murid. Ayat boleh disunting, atau diambil terus daripada lajur ULASAN dalam fail Excel anda. • UASA: panel berasingan untuk mengisi markah UASA. Lajur "UASA 100%" diutamakan, markah dalam bentuk "/70" ditukar kepada peratus, dan semua markah dibundarkan kepada nombor bulat secara automatik. • Kawalan penuh: mod semak (berhenti sebelum Simpan), uji 1 murid, langkau murid tanpa TP atau markah, dan butang Berhenti. • Extension hanya menekan butang Simpan. Butang Hantar sentiasa ditekan sendiri oleh guru selepas semakan. LAMAN YANG DISOKONG Extension hanya berfungsi pada dua laman: idMe (idme.moe.gov.my) dan SPPB (moeissppb.moe.gov.my). Ia tidak aktif pada laman lain. CARA GUNA 1. Log masuk ke idMe atau SPPB, kemudian buka halaman PBD atau Pentaksiran Bilik Darjah. 2. Klik ikon extension dan benarkan akses pada laman tersebut (sekali sahaja). 3. Panel muncul di sebelah kanan. Muat fail Excel, pilih apa yang mahu diisi, kemudian tekan butang Isi. 4. Klik butang kuning UASA pada panel untuk membuka panel UASA. VERSI TRIAL DAN PRO Pemasangan adalah percuma. Versi TRIAL membolehkan anda memuat data dan mengisi TP. Ciri penuh (Ulasan Guru, Intervensi, Usaha Murid, "Isi semua & simpan" dan panel UASA) dibuka dengan Kod Pengesahan PRO yang dibeli berasingan melalui https://sites.google.com/view/1clickpbduasaassistant/1click_pbd_uasa_assistant. Bayaran sekali sahaja, tiada yuran bulanan atau tahunan. Satu kod sah untuk 2 peranti. PRIVASI Data murid (nama, TP, markah) hanya diproses dan disimpan dalam pelayar anda (chrome.storage.local) dan tidak dihantar ke pelayan pembangun. Hanya kod pengesahan PRO dihantar ke pelayan pengesahan apabila anda mengaktifkannya. Dasar Privasi penuh boleh dibaca di laman produk (pautan "Dasar Privasi" di bahagian bawah): https://sites.google.com/view/1clickpbduasaassistant/1click_pbd_uasa_assistant PENAFIAN Extension ini dibangunkan secara bebas. Ia bukan produk rasmi dan tidak ditaja atau disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. MOEIS ialah sistem milik pihak berkenaan.
0 out of 5No ratings
Details
- Version2.5
- UpdatedNovember 18, 2026
- Offered bymeysgadget2@gmail.com
- Size125KiB
- LanguagesMelayu
- Developer
Email
meysgadget2@gmail.com - Non-traderThis developer has not identified itself as a trader. For consumers in the European Union, please note that consumer rights do not apply to contracts between you and this developer.
Privacy
This developer declares that your data is
- Not being sold to third parties, outside of the approved use cases
- Not being used or transferred for purposes that are unrelated to the item's core functionality
- Not being used or transferred to determine creditworthiness or for lending purposes